Menu

Selasa, 29 Disember 2009

aduhai..tak larat......

Why..tell me why..badan tak larat...sakit sana sini...tak selesa...malam tak leh tido...
perut rasa tenggang jer...aduhai napa???....arini plak tu ada rakan it...fuhh lagi berpinor rasa badan...im not well...help me...somebody help me....im sick....uwaaaaa....

Sabtu, 26 Disember 2009

Aku di Site Sri Laksana (Project Hubby)


Arini, aku g site hubby aku....sblm sampai site singgah jap makan pagi di Warung Nasi Ayam Best kata hubby aku...ok gak makanannya cuma ada helicopter terhempas dalam minuman aku...ciss bedebah punyer helicopter....then g site...tgk bangunan dah 50% siap, pandai gak hubby aku manage.....cayalah.....

Membeli Belah Di Giant pd ari kismis




Sempena Hari Bercuti..apa lagi, cari peluang g jejalan ler....g mana lagi giant la....Mula2x ari seluar tracksuite utk my hubby then jalan2x jumpa plak beg murah 50% diskaun lg... apa lagi bular bijik mata....beli satu untuk si fitri (anak Chik Com)... Bukannya main suka dia....beg power kononnya..tergelak gak tgk telatah dia.... adik2x aku yang tembam dua orang aku tak beli lg sbb tak de yang sesuai...then jalan2x dalam giant...beli makanan jer....makan memang tak tinggal...hehehe...then kuar giant beli lak joystick...al-maklumlah perosak joystick ada kat umah....abiss.. kopak duit....then apa lagi bertolak ke simpang renggam anto si fitri balik ler...dah lama menapa kat gua aku...tiba masanya dia balik ler.....mak dia dah rindu...oooo

Selasa, 22 Disember 2009

Isnin, 21 Disember 2009

I'm Back


Fuhhh...selepas seminggu bercuti...akhirnya masuk gak aku keje arini....
lemau jer rasa...penat tak tentu ala.....aduhai...esok kempen derma darah lagi...wadusss tragiss....penatnya....

Khamis, 10 Disember 2009

Kempen Derma Darah PUSPATRI

inilah poster kempen derma darah....

"Marilah kita bersama menderma darah,
manalah tau esok lusa..kita @ keluarga kita memerlukannya..."

Dapat pahala wooo....

Gelagat Warga ICT



Rabu, 9 Disember 2009

Sambutan Hari Lahir Pelajar ICT 2009




Tanggal 8 Disember 2009, pelajar ICT telah menganjurkan jamuan Hari Lahir bagi pelajar2x ICT yang lahir pada bulan 9 hingga 12...


Yum...yum...ada cake, ada kfc...fuhhh lumayan nie



Wajah2x b'day gal & boy.....elissya bukan main tak sabar nak potong kek.....



Manjanya Elissya...Auwww....yum.yumm....

KFC sedapnya.....lagi2x kalau perut tengah lapo macam nie...mmm sedapnya.....











Selasa, 8 Disember 2009

Best Artikel Nie (PETUA DISAYANGI SUAMI)

10 Petua Lebih Disayangi Suami

Memang tidak adil jika kita hanya meminta para lelaki yakni hanya suami yang menanggung semua keperluan dalam sesebuah hubungan. Sesekali apa salahnya anda pula yang mengambil alih tanggungjawab tersebut. Tapi janganlah sampai anda pula menjadi pengendali dalam bahtera hubungan anda berdua. Keadaan berat sebelah seperti ini akan menyebabkan perjalanan rumah tangga atau hubungan perkasihan anda tidak akan berjalan lancar. Oleh sebab itu, prinsip give and take perlu betul-betul diterapkan.

Bagi lelaki memikul kesemua tanggungjawabnya bukan satu masalah. Bagi mereka asalkan isteri atau kekasih senang, mereka sanggup lakukan apa sahaja. Tapi sebagai isteri atau pasangan yang setia, anda juga perlu melakukan sesuatu yang bermakna. Jika anda ada sikap tolak ansur,sudah pasti anda akan semakin disayangi pasangan.

Untuk itu, cuba beberapa tip berikut ini:

1) Sempatkan diri anda menyapa suami ketika anda atau dia mahu ke pejabat atau hubunginya melalui telefon di pejabatnya dan katakan bahawa anda akan merinduinya sepanjang hari itu. Ciuman kasih juga boleh diberikan kepada suami sebelum dia melangkah ke tempat kerja.

2) Ungkapkan rasa cinta anda dengan pelbagai cara unik. Misalnya, kirimkan pesan cinta singkat melalui SMS di telefon bimbit atau emelnya. Atau, selitkan pesanan “Selamat makan, sayang” dalam bekalan makanan tengaharinya jika anda membekalkan makanan tengahari dari rumah untuk suami.

3) Sesekali, buat janji makan tengahari bersamanya secara spontan. Ajak dia ke restoran tempat pertama kali anda makan berdua ketika bercinta dahulu (kalau tempat itu masih di daerah tempat anda tinggal sekarang).

4) Biarkan dia membantu pekerjaan anda. Jangan lupa ucapkan terima kasih setelah itu, lalu pujilah usahanya membantu anda.

5) Sesekali ajak dia menonton wayang di pawagam. Biarkan dia yang menentukan filem apa yang mahu ditonton. Memberi pujian dengan mengatakan bahawa dia pun sehebat hero dalam filem itu. Sebutkan beberapa kebaikannya yang membuat anda sangat menyintai dan menyayanginya, walaupun mungkin wajahnya tidak sekacak hero dalam filem yang anda tonton itu.

6) Jika dia merancang mahu menonton siaran langsung sukan kegemarannya di kaca TV pada tengah malam, sediakan makanan ringan kesukaannya. Esok pagi, tanyakan berapa gol atau skor yang diperoleh oleh pasukan kesukaan. Biar suami menyedari sikap prihatin anda terhadapnya atau sekurang-kurangnya dia dapat merasakan betapa anda begitu menghargainya.

7) Tidak perlu menunggu hari ulang tahunnya untuk memberikan hadiah. Berikan kejutan berupa hadiah-hadiah kecil seperti aksesori kereta, tali leher atau kaset penyanyi atau group band kegemarannya.

8) Tertawalah ketika mendengar gurauannya, atau menyanyilah bersamanya biarpun suaranya terdengar sumbang.

9) Berusahalah bergaul dengan para sahabatnya. Anggap dia seperti teman anda sendiri. Jika mereka menceritakan kisah nostalgia masa lalu, dengarkan bersungguh-sungguh, meskipun anda sudah mendengar cerita-cerita itu.

10) Simpan gambarnya di dompet anda.

Saya Suka Ini Artikel (Kasih Suami isteri)

Kalau adalah seorang isteri mengatakan dia tidak mengharap kasih sayang dari suaminya, itu bermakna dia telah berbohong. Sebab, memang tidak ada seorang manusia pun yang tidak ingin dikasihi oleh orang lain kecuali orang gila.

Tapi sayang, suami isteri hari ini kebanyakannya renggang hati mereka, tipis kasih sayang mereka dan selalu bermasam muka. Malah perceraian menjadi perkara biasa. Ertinya ramai sekali wanita kita yang sedang menderita.

Kenapa isteri gagal menjadikan suami sangat menyintainya hingga tidak mahu berpisah dengannya? Inilah persoalan yang mesti dijawab oleh semua wanita hari ini. Mudah-mudahan jawapan ini dapat memberi jalan penyelesaian pada masalah yang mengancam keamanan di dalam rumahtangga.

Kasih sayang dan ketenangan hati suami isteri adalah kurniaan Allah swt. Ertinya, ia bukan olahan manusia yang boleh dibuat-buat, direka dan dirancang-rancang. Sebab soal kasih sayang dan ketenangan adalah soal hati, yang bergerak dan hidup tanpa kawalan lahiriah dan kebendaan. Ia dikawal sendiri oleh Allah swt, secara ghaib dan menggunakan syarat-syarat yang Allah sendiri tentukan. Jadi, untuk mencetuskan kasih sayang dan ketenangan rumahtangga, faktor-faktor hubungan dengan Allah adalah wajib diambil kira. Yakni dengan beriman, beramal dengan syariat Islam serta membanyakkan ingatan (zikir) kepada Allah swt.

Suami isteri yang membelakangkan Allah swt adalah pasangan yang sukar untuk memperolehi ketenangan dan kasih sayang. Hati mereka berpecah, kepercayaan antara satu sama lain hilang dan rasa persefahaman kian luput hari demi hari. Walaupun usaha-usaha lahir yang mungkin sudah cukup dilakukan untuk membina kebahagiaan tetapi selagi hati masih kosong dari mengingati Allah, cuai menjalankan perintah-perintah Allah maka selama itu kasih sayang tidak tumbuh dalam erti kata yang sebenarnya.

Sebab kasih sayang adalah pemberian Allah, dimasukkan ke dalam hati suami isteri yang benar-benar taat dan patuh padanya. Barangkali sukar untuk diakui hakikat ini memandangkan realiti kehidupan rumahtangga yang berbagai-bagai dan tidak terikat pada kenyataan di atas. Orang kafir yang tidak percayakan Allah itu kekal rumahtangganya. Orang Islam yang tidak sembahyang pun ada yang berbahagia nampaknya. Sementelahan rumahtangga ahli agama pun kadang-kadang berkecai. Jadi apa bukti bahawa punca ketenangan dan kasih sayang ialah ketaatan kepada Allah?

Sebenarnya, untuk mengukur benar tidaknya sesuatu kenyataan itu tidaklah boleh hanya menggunakan satu kaedah saja. Sebab Allah swt telah mentakdirkan sesuatu, bukan dengan satu maksud sahaja. Setengah orang kafir beroleh bahagia di dunia kerana Allah mahu merasakan nikmat yang tidak mungkin mereka dapat di akhirat. Orang Islam yang tidak sembahyang dan tidak fikir halal dan haram nampak bahagia juga. Ini adalah kemurkaan Allah sudah tertimpa ke atas mereka dan dengan nikmat itu Allah mahu melalaikan mereka terus menerus hingga mati betul-betul dalam dosa dan terus ke neraka. Manakala ahli agama kadang-kadang pecah rumahtangga mereka, Allah bermaksud menguji dan mahu menghapus dosa-dosa mereka.

Maka ditegaskan sekali lagi, bahawa sumber kasih sayang yang abadi ialah ketaatan kepada Allah oleh suami dan isteri serta anak-anak mereka. Perceraian yang menjadi-jadi dewasa kini adalah berpunca dari tidak taatnya pasangan suami isteri kepada Allah swt. Allah jadikan hati mereka berpecah belah hingga mereka takut pada perceraian tetapi mereka tidak dapat lari darinya. Biarpun rumah besar, harta banyak, kesihatan sempurna dan dunia serba lengkap meliputi mereka, tapi kalau hati berpecah, semua itu tidak boleh mengikat suami isteri itu lagi. Mahu tidak mahu mereka kenalah mengadap Allah swt. Mengaku taat setia padanya dengan tawadhuk. Memohon ketenangan dan kasih sayang untuk hati mereka.

Isnin, 7 Disember 2009

Saja-saja

inilah hasil kerja saja-saja...
nak improve skill
edit gambar jer sebenarnya...

Anklong

Gelagat Aku dan Siti di Hari Penutup

Sepanjang Hari Mekar
Pelbagai Pose Kami Amik
Kenangan di Hari Mekar 2009
Amat bermakna...

Solar di hari Mekar (Penutup)

aku dan zaiton sameon



Semasa Pergi Kenduri Kawin Kawan Hubby Aku..

Zaiton Sameon dijemput sebagai penyanyi..fuyoo...suara masih mantap lagi...

aku apa lg rebut peluang, take pic dengan dia la...


Majlis Perkahwinan Kawan Hubby





Draft Poster Kempen Derma Darah



Draft Pertama (Belum dipersetujui oleh :Presiden KRP Lagi)

Kongsi Ilmu Part 1 (Stress)



PUNCA STRES DI TEMPAT KERJA
Jenis kerja
- kerja yang menjemukan atau kerja yang berulang-ulang
- terlalu banyak kerja dan kurang masa
Tanggungjawab
- tiada tanggungjawab yang jelas (konflik tugas)
- bertanggungjawab terhadap kerja lain selain kerja sendiri
Hubungan rakan sejawat
- komunikasi tidak berkesan
- gangguan kerja (bullying) dan gangguan seksual
Persekitaran yang tidak selesa
- bising, panas dan sempit
Pengurusan dan organisasi
- budaya menyalahkan pekerja
- tiada sokongan terhadap kerja seperti peralatan yang tidak lengkap
kenderaan, kurang penghargaan dan tiada insentif
- kurang sokongan untuk meningkatkan kerjaya seperti tiada kursus dan
sukar untuk naik pangkat
- tiada penglibatan dalam membuat keputusan atau polisi
Ketidakseimbangan kerjaya dan rumahtangga

KESAN STRES
Stres akan menjejaskan kesihatan dan mengubah tingkahlaku anda kepada
tingkahlaku yang negative.

Ia boleh menyebabkan
- sakit kepala, keletihan, berdebar-debar, masalah seksual
- gelisah, cepat marah, kerisauan berlebihan, hilang tumpuan dan motivasi
- tidak hadir kerja, merokok, mabuk, menyalahgunakan dadah

Kesan jangka panjang
- hipertensi, penyakit jantung koronari dan ulser peptic
- kemurungan

CARA-CARA MENGURANGKAN STRES

1) Mengubahsuai punca stress dengan :
- penyelesaian masalah secara musyawarah
- perancangan kerja dengan baik
- pengurusan masa yang bijak
- berkomunikasi secara lebih berkesan
- mengubahsuai punca stress dalam organisasi seperti polisi, prosedur dan
masa yang tidak fleksibel

2) Mengelak stress dengan :
- elakkan beban kerja berlebihan
- mengetahui kemampuan sendiri
- menolak daripada membuat sesuatu yang melebihi kemampuan sendiri
- membuat kerja secara muafakat

3) Meningkatkan ketahanan diri dengan :
- mengamalkan cara hidup sihat (beriadah, makanan seimbang)
- merehatkan minda (lakukan amalan seperti senaman pernafasan dan
relaksasi otot secara progresif)
- meningkatkan ibadah (amalkan istighfar, selawat, zikir dan doa selalu)
- berfikir secara positif
- mampu (menerima kritikan dengan baik)
- waktu kerja yang tidak fleksibel

Promosi PaintBall PUSPATRI


Selasa, 1 Disember 2009

Agen 007

Inilah charlie angel puspatri....ketuanya adalah aku..kui..kui..perasaan dah..
Anyway ..."Semoga Ukhuwah yang terjalin..direstui & dirahmatiNYA..amin..."



Usia Perkahwinan Kita

Daisypath Anniversary tickers