Menu

Rabu, 17 Mac 2010

Jadual Akhir My Skills (bila-bila boleh diubah)


Diatas Jadual Pertandingan Akhir Myskills bagi IT Software Application, lokasi pertandingan di CIAST Shah Alam...

"SELAMAT MAJU JAYA"

Tahniah


Tahniah diucapkan kepada peserta akhir myskills 2010..

"GOOD LUCK IN FINAL MYSKILLS 2010 "

Khamis, 11 Mac 2010

Dialog bersama Industri

11 Mac 2010, satu majlis Taklimat dan Dialog bersama Industri diadakan...Majlis ini dirasmikan oleh YB En. M. Asojan A/L Muniyandy...beliau merupakan pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Johor....Majlis ini turut diadakan bagi menganugerahkan penerima perkesso yang hilang upaya kekal, pencen penakat dan macam2x lagi...

Pada majlis ini, 4 wheelchair dianugerahkan kepada mereka yang berkelayakkan yang lain menerima cek bernilai RM 5K....

Majlis ini bermula jam 9.00 pagi dan tamat sebelum 1 ptg...

Anyway..congrats crew of PUSPATRI...majlis berjalan dengan baik sekali....

Kebahagiaan


Apa itu kebahagian???

Kalau ditanya kepada 10 orang tentang kebahagiaan...macam2x jawapan kita perolehi...for me...kebahagiaan adalah terletak di tangan kita sendiri, jika kita membebankan jiwa kita dengan perkara yang tidak mendatangkan faedah seumpama 5% kebahagiaan kita diganggu....

Well bila jiwa terganggu where is happiness beb....renungkanlah...

Rabu, 10 Mac 2010

PERSEKITARAN INSTITUT KWSP


Ruang Makan



Ruang Legar di antara bilik kuliah/bilik perbincangan


bilik perbincangan


dewan kuliah/seminar

"BEST KAN..cantik"

Hostel di Institut KWSP Bangi





"INILAH HOSTEL/ASRAMA INSTITUT KWSP BANGI"

inilah bilik penginapan semasa pengubalan soalan JPK bagi fasa 1..cantikkan....macam hotel da...

Memory My Hubby Birthday



Tanggal 19 FEB 2010 genap suamiku berusia 30 Tahun...

"SAYANG ABANG SELAMANYA.."


Pak Ya Sup Gear Box Paling Best di Banting






Terletak di Taman Changgang Banting...

Warung Pak Ya Sup Gear Box terletak di tepi jalan saja...bukan setakat aneka sup pelbagai menu lain turut ada seperti laksa dan cucur udang... perniagaannya bermula jam 3.00 petang hingga 7.00 petang sahaja...harganya berpatutan...tambahan pula SUP GEAR BOX yang lazat...

"Kalau anda ingin tahu kebenarannya sila lawat ke Warung Pak Ya Sup Gear Box"


Pra Kelayakkan MYSKILLS 2010

Semalam (9/3/2010) seramai 19 orang daripada pelbagai pusat bertauliah bertanding dalam melayakkan diri kepusingan akhir myskill 2010 yang akan diadakan pada bulan 5. Macam2x karenah dan ragam ditemui...kelakar pun ada....

sejak ari sabtu lg kepala dah kusut memikirkan soalan apa nak masuk...al-maklumlah not well prepare tuu yang rasa tak menentu jer.... nak study...tak larat..al-maklumlah penat g gubal soalan tak abis lg....

bertolak ke banting pada ahad sbb yang drive my mum...tak nak la buat dia kelam kabut...ahad stay kat umah mak mertua...then ari isnin baru check in Hotel City...Isnin tuu terus g Kuala Langat tgk persediaan dan jadual sebenar pertandingan...after that aku buat group ( dalam 3 orang) study apa-apa yang patut...lama gak aku kat situ dari jam 9 hingga jam 6 ptg... Macam-macam dibincangkan....

Malam tuu...aku ingat nak sambung study tp kepala dah penat kot...tak leh nak masuk...apa lagi tido la...

Di hari pertandingan, perut rasa sakit...jiwa kacau...fikiran tak menentu pun ada.....masuk makmal pertandingan...duduk kat PC 01... bersebelahan dengan tenaga pengajar ilp KL kalau tak silap la...(bukan kenal pun hehehehe)....

Soalan yang kena jawab dan siap dalam tempoh (9 pagi hingga 4 petang) :

1. Database
a) create table
b) import data from MS Excel
c) create relationship
d) create form
e) create subform
f) create query (using SQL statement)
g) Insert image on field at database
h) create report (alphabetical list report)

2. Excel
a) Import data from MS Access
b) create pivot table
c) copy and paste
d) create cone chart
e) create analysis data
f) save chart as webpage and interactive label
g) create pivot chart
h) create security

3. Word
a) Using template
b) Create Mail merge (fax and label)
c) create catalogue using column

4. Power Point
a) Create Slide Master
b) Insert number slide
c) Create animation scheme
d) create custom animation
e) insert picture

Macam-macam ragam ada..pusing kerusi la....ketuk dahi la...gigit bibir la...ketuk mouse la...termenung...gelak sorang2x..macam2x da....

Pertandingan pra kelayakkan myskills pada kali ini, ini lebih menjurus penggunaan advance tanpa melibatkan penggunaan macro dan vba...alhamdulilah....

Abiss....pertandingan...terus bersiap-siap untuk balik pasir gudang....apa lagi mak bawak 120 km/j..sampai gak uma dalam kul 10 mlm....penat ngantok pun ada....



Gubal Soalan JPK






mmmm.... minggu lepas...g gubal soalan kat bangi...macam2x ilmu yang dapat ditimba bukan senang...teknik membuat JSU (Jadual Spesifikasi Ujian) dan teknik pembangunan ITEM soalan..
Untuk membangunkan soalan yang berkualiti terdapat 9 item yang perlu dipenuhi bagi cukupcakup sesuatu soalan itu iaitu :

1. Standard
2. Spesifikasi
3. Peluang
4. Ketrampilan
5. Kandungan
6. Komponen Item
7. Aras Kesukaran
8. Kepentingan
9. Keadilan

Apabila sesuatu soalan telah memenuhi ciri-ciri berikut maka cemerlang dan gemilang laa soalan anda......

maka, kerja yang perlu disiapkan seterusnya adalah 70 soalan objektif yang cukupcakup kriteria berserta 3 soalan amali cukupcakup.

"Cayooo...AIN BOLEH.."

Usia Perkahwinan Kita

Daisypath Anniversary tickers